KATA NAMA
a. Kesalahan ejaan, iaitu ada beberapa kata
nama yang seakan – akan sama
ejaannya tetapi mempunyai
makna yang berlainan ataupun tidak bermakna;
Seniwati
Sarimah mengenakan cocok sanggul pada dandanan
rambutnya X
Seniwati Sarimah
mengenakan cucuk sanggul pada dandanan rambutnya /
b. Kesalahan penggunaan kata nama mengikut konteks
ayat;
Wakil Rakyat itu
melawat kawasan petempatan semua orang asli X
Wakil Rakyat itu melawat
kawasan penempatan semua orang asli /
KATA GANTI NAMA DIRI
a. Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama
diri mengikut kedudukan
seseorang, suasana ketika
bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika
sedang berkata – kata:
Encik James pengurus di
sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di
Singapura X
Encik James pengurus di
sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di
Singapura /
b. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak
boleh digandakan;
“Marilah kita sertai mereka
– mereka yang baru datang itu,” kata Salina X
“Marilah kita sertai mereka yang
baru datang itu,” kata Salina /
c. Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak
boleh digunakan untuk merujuk
kepada binatang, benda
dan perkara/konsep;
Si Hitam sangat lembut
bulunya. Ia juga berwarna menarik X
Sihitam sangat lembut
bulunya dan berwarna menarik /
d. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak
boleh bertugas sebagai objek kepada kata
sendi atau kata kerja
transitif;
Saya
berasa seronok dapat berkawan dengan ia X
Saya
berasa seronok dapat berkawan dengannya /
e. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak
boleh bertugas sebagai kata nama pelaku
dalam ayat pasif diri ketiga;
Beg ia telah
diselongkar ketika bersenam di padang X
Begnya telah
diselongkar ketika bersenam di padang /
f. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak
boleh digabungkan menjadi ianya;
Penagihan
dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang
ianya kian menular X
Penagihan dadah dalam kalangan
pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang kian menular
/
g. Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak
boleh digunakan sebagai objek
kecuali pada kata
kerja transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf ‘n’;
Ibuku
sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu
itu X
Ibuku sungguh tertarik hati
akan dikau dengan pekertimu itu /
h. Kata ganti nama diri singkat iaiti kau,
ku, mu dan nya tidak boleh dieja
berasingan dengan kata lain
yang menyertainya;
“Tolong kau ambilkan
aku segelas air” kata Sri X
‘Tolong kauambilkan
aku segelas air” kata Sri /
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny