Tuesday 26 February 2013

TERIMA KASIH CIKGU




KATA-KATA HIKMAH








CARA MENULIS KARANGAN FAKTA





Sebagai insan yang sempurna, kita mestilah menghormati golongan orang kurang upaya (OKU). Apakah cara-cara yang dapat kita lakukan untuk menghormati mereka?

Format Karangan Fakta
1. Pengenalan/pendahuluan
2. Isi 1
3. Isi 2
4. Isi 3
5. Isi 4
6. Penutup

T: Menghormati OKU
K: Cara-cara
F: Fakta

Isi
1. Memahami perasaan mereka
2. Membantu mereka
3. Memberi sokongan moral
4. Tidak mendiskriminasikan mereka
Tips membuat karangan:
Pendahuluan:
1. Ayat ransangan (AR) - Ayat yang berkaitan dengan tema
2. Ayat arahan (AA) - Ayat yang menjawab kunci soalan

Perenggan isi:
1. Ayat isi (AI) - Ayat yang menjawab soalan atau kata kunci
2. Ayat huraian (AH) - Huraian lanjut tentang isi untuk memberikan penjelasan
tentang perkara yang diperkatakan
3. Ayat contoh (AC) - Bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi
4. Ayat penegas (AP) - Memberikan penegasan terhadap isi dan huraian

Penutup:
1. Ayat kesimpulan (AK)
2. Ayat penilaian (A pnln)
3. Ayat harapan (A hrpn)
4. Ayat cadangan (A cdgn)
5. Ayat penutup (A pnutp)

Karangan Penuh:

Siapakah golongan orang kurang upaya? (AR) mereka ialah golongan yang cacat seperti cacat mental atau cacat anggota badan yang tertentu (AR). Disebabkan kecacatan, mereka menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan seperti insan sempurna yang lain (AR). Sebagai insan yang sempurna kita mestilah menghormati golongan OKU (AR). Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menghormati mereka (AA).

Satu daripada cara kita menghormati mereka ialah dengan memahami perasaan mereka (AI). Kita janganlah memandang rendah kepada mereka (AH). Contohnya, kita mestilah mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan mereka (AC). Oleh itu, kita mestilah memahami perasaan mereka yang sering merendah diri akibat daripada kekurangan mereka (AP).

Selain itu, kita juga mestilah selalu menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada mereka (AI). Dengan bantuan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dapat menjalankan kehidupan seharian seperti orang lain (AH). Sebagai contoh, kita boleh menolong mereka dengan memberi pertolongan kewangan atau khidmat nasihat dan sebagainya (AC). Tegasnya, kita mestilah siap sedia memberikan pertolongan kepada mereka agar kehidupan mereka lebih sempurna (AP).

Di samping itu, kita perlu memberi sokongan moral kepada mereka (AI). Sokongan moral lebih penting berbanding dengan pertolongan kewangan (AH). Sebagai contoh, kita hendaklah meransang mereka bahawa mereka mampu berdikari walaupun cacat (AC). Tegasnya, dengan sokongan moral yang kita berikan, mereka akan lebih yakin untuk menghadapi cabaran hidup (AP).

Seterusnya, kita sebagai insan sempurna tidak boleh mendiskriminasikan mereka (AI). Kita mestilah mengiktiraf mereka sebagai ciptaan Tuhan seperti kita juga (AH). Contohnya, kita janganlah membezakan-bezakan mereka dengan orang yang sempurna (AC). Tegasnya, kita harus bersikap adil terhadap mereka (AP).

Kesimpulannya, sebagai insan sempurna kita perlu menghormati mereka (AK). Janganlah kita menyebabkan mereka rasa tersisih (Ahrpn). Kita perlulah sama-sama memberikan bantuan kepada mereka (A cdgn). Dengan menghormati dan memahami mereka, kehidupan mereka akan lebih sempurna dan bahagia (A pnutp).

BAHAGIAN D


PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D(Novel Komsas)

Masa yang dicadangkan: 10 minit
Markah : 10 markah

Bentuk Soalan

1.Soalan novel merupakan soalan yang ditanya dalam bahagian D Kertas 2 PMR Bahasa Melayu.

2.Calon harus bersedia untuk ketiga-tiga novel yang dipelajari semasa di tingkatan 1, II dan III

Kehendak soalan

1.Pelajar dinasihatkan membaca soalan dengan teliti bagi menentukan novel yang perlu dipilih. Senarai novel pilihan akan diberi.

2.Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 10 minit.

3.Soalan ini memperuntukkan 10 markah.

4.Mulai tahun ini calon harus bersedia untuk menjawab soalan yang berbentuk persamaan dan perbezaan bagi novel-novel yang dipilih.

Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1.Soalan bahagian ini melibatkan beberapa konsep penting yang perlu dikuasai oleh pelajar. Seandainya pelajar berupaya menguasai konsep sastera yang ditetapkan atau dipelajari, pelajar boleh menjawab soalan dengan baik.

2.Aspek kajian: Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak dan Perwatakan, Plot, Latar,
Gaya Bahasa, Nilai, Pengajaran.

3.Istilah penting;

a) Sinopsis- inti pati atau ringkasan tentang perkara penting dalam sesebuah karya.
b) Tema – idea utama atau persoalan pokok yang merupakan gagasan pemikiran yang menjadi tunjang kepada sesebuah karya sastera.
c) Persoalan – isu-isu sampingan lain yang diselitkan oleh pengarang dalam bentuk gagasan.
d) Watak – pelaku yang mendukung dan menghidupkan sesebuah cerita. Perwatakan – merujuk kepada gambaran dan sifat yang dimiliki oleh watak
e) Plot – jalinan peristiwa dalam sesebuah cerita. Peristiwa yang dijalin mestilah berdasarkan sebab dan akibat.
f) Latar – ruang persekitaran tempat berlakunya sesuatu peristiwa, cerita, atau kejadian.

Masyarakat – kampung, bandar, adat, budaya, agama, ekonomi, dan politik.
Tempat – tempat peristiwa terjadi
Masa – pagi, ptg, malam dan lain-lain

7) Nilai ialah unsur yang cukup berharga dan boleh dijadikan ikutan. Nilai merujuk kepada tingkah laku atau perbuatan yang positif.

Kasih sayang, bertanggungjawab, hormat-menghormati, kebebasan, keberanian, jujur, rajin, bermasyarakat, hemah tinggi, berdikarari, baik hati, keadilan, kebersihan, amanah, bersyukur, rasional, patriotik

8) Pengajaran- peringatan pesanan atau nasihat yang boleh dijadikan
iktibar oleh pembaca.

BAHAGIAN C

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C(Karangan Respons Terbuka)

Masa yang dicadangkan: 45 minit
Markah : 40 markah

Bentuk Soalan

1.Soalan karangan respons terbuka adalah soalan Bahagian C Kertas 2 PMR Bahasa Melayu.

2.Tajuk karangan respons terbuka adalah berdasarkan kombinasi bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetika.

3.Terdapat lima soalan dalam bahagian ini. Jenis karangan yang ditawarkan terdiri daripada karangan berformat iaitu ceramah/ ucapan/ pidato/ perbahasan/wawancara@dialog/laporan/ rencana akhbar/Surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. Karangan tidak berformat termasuklah perbincangan, ulasan, fakta, gambaran, peribahasa/cogan kata dan cerepen.

4.Masa yang dicadangkan ialah 45 minit

5.Pelajar hendaklah menulis karangan lebih daripada 180 patah perkataan.

Bagaimana mendapat markah yang maksimum?


PERINGKAT PENCAPAIAN
DESKRIPSI
Cemerlang ( 35 – 40)

a)Sekurang-kurangnya terdapat tiga isi, huraian isi dan contoh yang relevan
b) Perlu lebih 180 patah perkataan.
- Penggunaan kata tunggal dan pelbagai kata terbitan(kata berimbuhan) gramatis
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- Penggunaan ejaan dan tanda baca betul
- Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
- Idea relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai.Pengolahan menarik serta berkesan, pemerganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan
-Terdapat ungkapan yang mudah seperti peri bahasa dan kata-kata hikmat.

Bagaimana mahir mengarang?

Gunakan semua pancaindera yang ada
- pembacaan yang meluas, mendengar, melihat, guna pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.
- Beri perhatian semasa guru mengajar.

Terima soalan dengan lapang dada. Jangan panik jika soalan yang keluar tidak bertepatan dengan cita rasa anda.
1. Analisis soalan sebelum mengarang. Mengapa?
a) memastikan kita membaca soalan dengan teliti.
b) Menentukan kata kunci dan kehendak soalan.
c) menentukan format karangan.
d) karangan tidak terpesong.


2. Takrif karangan/soalan
Takrif soalan tidak difahami mengakibatkan pelajar menulis lain daripada apa yang dikehendaki oleh soalan (jawab mengikut kehendak soalan bukan jawab apa yang anda tahu)

3. Pastikan format karangan yang
dikehendaki. Kelalaian anda tidak
mengikut format yang betul, anda
kehilangan tiga markah.
4. Pendahuluan karangan.

Apa fungsinya?
- memperkenalkan tajuk karangan.
- menarik perhatian pembaca
- memudahkan penulis meneruskan penulisan.


Jenis-jenis pendahuluan

Pendahuluan jenis pendapat
Pendahuluan jenis definisi
Pendahuluan jenis suasana
Pendahuluan jenis persoalan
Pendahuluan jenis peribahasa

5. Sistem Perenggan

Perenggan yang sempurna sewajarnya mempunyai tiga komponen iaitu isi, huraian, dan contoh.

5.1 Kriteria menyusun perenggan dalam karangan
- mendahulukan isi yang penting
- setiap perenggan mempunyai urutan
- huraian antara perenggan lancar dan berkembang
- perenggan perlu seimbang
PMR – Sekurang-kurangnya lima perenggan – pendahuluan, tiga isi, dan penutup/kesimpulan/rumusan

6.Penutup/kesimpulan/rumusan

Perkara yang perlu diberi perhatian

i) kesimpulan mesti lembut tetapi berkesan.
ii) jangan ulang isi yang telah dikemukakan.
iii) Gunakan penanda wacana

Kriteria semasa membuat penutup;

i) Pendapat pengarang tentang kedudukan sesuatu isi yang diberi.
ii) Kemukakan sokongan atau bantahan/positif atau negatif
iii) Akibat atau kesan/implikasi
iv) Cadangan atau nasihat yang berkaitan
Secara mudah, ayat-ayat dalam bahagian penutup dapat disusun seperti berikut;

Ayat 1: Rumusan ataupun kesimpulan menyeluruh tentang isi perbincangan/huraian
Ayat 2: Menyatakan cadangan ataupun saranan yang sesuai mengikut tajuk atau kehendak soalan.
Ayat 3: Menyatakan harapan tentang isi yang telah dihuraikan dalam bahagian isi.
Ayat 4: Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan yang telah dikemukakan dalam isi.

Kepentingan

Untuk menunjukkan sesuatu perenggan itu merupakan penutup dalam karangan mulakan dengan perkataan “kesimpulannya” atau “berdasarkan huraian”.
Catatan:
Masukkan juga ungkapan, kata-kata hikmat, pantun, peri bahasa dan sebagainya asalkan bersesuaian.

7. Memanfaatkan statistik penting
Tujuan:
- gaya penulisan lebih menarik
- meyakinkan pembaca.
- pelajar membuat rujukan sebelum mengarang.

8.Pendapat tokoh tertentu
Tujuan:
- menguatkan hujah yang diberi
- meyakinkan pembaca

9. Ayat dan frasa yang indah/peri bahasa/kata-kata hikmat/kata-kata pujangga/petikan daripada kitab suci/ petikan daripada Al-Hadis/pepatah daripada bahasa lain dan lain-lain.
Tujuan:
- ayat menjadi lebih mantap dan tepat
- menarik minat pembaca
- kepelbagian gaya bahasa
- mewujudkan perbendaharan kata yang luas.
- Kematangan bahasa penulis
Peribahasa:
Simpulan bahasa; angkat kaki, buka mata
Perumpamaan; bagai aur dengan tebing
Bidalan: ada udang di sebalik batu
Pepatah: ada kerak ada nasi

Kata-kata hikmat – tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat dan kesedaran tentang pentingnya sesuatu nilai hidup.
Bahasa jiwa bangsa
Ilmu pelita hati

Kepentingan dalam penulisan karangan
- ayat menjadi lebih mantap dan tepat
- menarik minat pembaca
- kepelbagaian kosa kata dan gaya bahasa
- kematangan bahasa penulis

Penggunaan penanda wacana dalam penulisan

Kepentingan/Kegunaan/Manfaat

- dapat menghubungkan ayat dengan ayat
- menghubungkan antara perenggan untuk menunjukkan kesinambungan idea, dan penulisan menjadi lancar.


Contoh penanda wacana;
Dengan ini, sememangnya, sejajar dengan itu, sementelahan pula, pada kebiasannya, umumnya, meskipun demikian.

10. Ejaan
Sangat penting dalam penulisan. Ejaan yang salah akan dipotong sebanyak 2 markah untuk ejaan yang salah. Kesalahan kata yang sama dalam penulisan tidak akan dikira.

11. Tata bahasa

i. kesalahan dari segi kata
kata ganti diri, kata bilangan, penjodoh bilangan, kata sendi, kata hubung, kata tanya, kata pemeri, kata nafi, kata majmuk, kata adjektif dan kata penguat.

ii. Kesalahan daripada segi frasa
Frasa nama; bentuk jamak,
hukum DM
Frasa adjektif
Penggunaan kata penguat,
kata berawalan teR+kata
penguat, penggandaan

iii. Kesalahan daripada segi ayat
Ayat tergantung, struktur ayat yang salah, ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan penggunaan partikel “kah” dalam ayat tanya.

iv. Kesalahan imbuhan
- awalan – beR, teR-, mempeR-
- akhiran – an, -kan
- apitan – meN.....kan, mempe...kan,mempeR....I

Kesalahan perbendaharaan kata
- Penggunaan kata tidak tepat
- Kata banyak makna
- Kata hampir sama makna


12. Kesalahan kosa kata

- kata tidak tepat
- kata banyak makna
- kata hampir sama makna
13. Tanda baca
- noktah, koma, titik dua dan lain-lain

Penyelesaian – harus cermat dan
berhati-hati semasa menulis.

14.Struktur ayat
Tidak janggal dan dapat difahami oleh pemeriksa
Mengikut kaedah tata bahasa yang betul.

15.Keseimbangan perenggan
Setiap perenggan hendaklah hampir sama jumlah perkatannya.

16.Kematangan fikiran – beri contoh yang sesuai
17.Tulisan – tidak semestinya cantik tetapi dapat dibaca oleh pemeriksa

Catatan – Karangan yang melebihi 180 patah perkataan memberi “imperision’ yang positif kepada pemeriksa.

Senarai semak (Selesai membuat karangan)

Tujuan – karangan menjadi lebih sempurna/baik
i. mendapat markah yang maksimum
1. nombor soalan
2. takrif karangan
3. format karangan
4. pendahuluan karangan
5. pastikan sekurang-kurangnya tiga isi, huraian dan contoh. Bina Lima perenggan.
6. perenggan yang seimbang
7. ada statistik yang bersesuaian
8. frasa yang indah
9. penanda wacana
10. ejaan yang jelas
11. struktur ayat
12. kematangan fikiran
13. tulisan dapat dibaca
14. jumlah perkataan yang cukup
(200 patah perkatan0
15. hantar jawapan
16. DOA – Anda dilahirkan di dunia bukan untuk menjadi lemah. Carilah ubat/penawar yang mujarab untuk mengatasi segala masalah anda.


BAHAGIAN B

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B(Bahan Rangsangan)

Masa yang dicadangkan: 25 minit
Markah : 20 markah

Bentuk Soalan

1. Pelajar akan diberikan satu bahan rangsangan sama ada dalam bentuk gambar tunggal, gambar bersiri atau bahan grafik.

2. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan, pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan yang melebihi 120 patah perkataan.

3. Pada kebiasaanya, pelajar diminta membuat ulasan umm, menyatakan sebab, memberikan cara-cara mengatasi atau memberikan cadangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.

4. Masa untuk menjawab soalan ini ialah 25 minit. 3 minit untuk memahami soalan dan merangka jawapan dan dua minit untuk membuat semakan. 20 minit masa untuk menjawab soalan.

5. Soalan ini mula ditanya mulai tahun 2005.

Kehendak soalan

1. Anda perlu menjawab mengikut kehendak soalan
2. Jawapan yang dihasilkan mestilah melebihi 120 patah perkataan
3. Soalan ini wajib dijawab

Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1. Pelajar perlu membaca dan memahami arahan soalan yang diberikan.

2. Pelajar perlu meneliti bahan rangsangan yang diberikan dan mengaitkannya dengan kehendak soalan.

3. Pelajar perlu berhati-hati semasa membuat tafsiran untuk merangka isi dan seterusnya memulakan penulisan.

4. Pelajar perlu mengikut teknik menulis karangan yang betul, iaitu dimulai dengan perenggan pendahuluan, isi, da diakhiri dengan perenggan penutup atau kesimpulan.

5. Sekurang-kurang perlu ada tiga isi. Ini bermakna sebaiknya pelajar dapat membuat lima perenggan .

6. Untuk mendapatkan pencapaian cemerlang(16-20 M), semasa menjawab soalan ini, aspek berikut perlu dititikberatkan:
a) Penggunaan kata dan ayat gramatis
b) Penggunaan kosa kata luas dan tepat
c) Penggunaan ejaan dan tanda baca betul
d) Isi mestilah tepat berdasarkan tugasan
e) Huraian, isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan, dan kesimpulan yang sesuai dan berkembang.
f) Pengolahan menarik dan berkesan

SOALAN Aii

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A(ii)(Pemahaman Petikan)
Markah : 10 markah

Bentuk Soalan

1) Pemahaman petikan umum: 3 items respons terhad
- a) maksud rangkai kata
- b) jawapan dalam teks
- c) jawapan luar teks

2) Markah yang peruntukan ialah 10 markah

3) Semua soalan wajib dijawab

Kehendak soalan:

1. Jawapan yang diberikan oleh pelajar ditulis dengan lengkap dan ayat yang sempurna untuk memperoleh ayat yang penuh.

2.Pelajar tidak dibenarkan menyalin bulat-bulat jawapan daripada petikan. Pelajar hendaklah menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

3.Jawapan yang tidak lengkap atau terdapat kesalahan bahasa dan ejaan akan di tolak markah.

4.Jawapan tidak boleh ditulis dalam bentuk poin atau frasa(ayat tergantung)


Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1.Soalan A(ii) i peruntukkan markah maksimum bahagian ini ialah 2 markah. Bahagian ini memerlukan calon;

i) memahami/menerangkan maksud sesuatu rangkai kata dengan tepat. Biasanya perkataan tersebut akan dimiringkan.
ii) Pelajar tidak dibenarkan menulis jawapan dengan panjang lebar seperti jawapan pemahaman yang lain.
iii) Jawapan mestilah menjelaskan maksud rangkai kata dengan mencari kata sama erti atau sinonim tanpa mengubah maksud rangkai kata yang ada dalam petikan.

2.Dalam A(ii) ii peruntukan markah maksimum bahagian ini ialah 4 markah.
i) Pelajar diminta mengenal pasti jawapan daripada petikan
ii) Terdapat dua isi yang diperlukan dalam bahagian ini. Pelajar diminta mengemukan sekurang-kurangnya 2 isi. Kalau lebih markah tidak akan dipotong.
iii) Pelajar tidak dibenarkan menulis isi yang tiada dalam petikan
iv) Jawapan yang diberikan mestilah lengkap dan bertepatan dengan peruntukan markah yang diberikan dalam soalan.

3. Soalan A(II) iii peruntukan markah maksimum bahagian ini ialah 4 markah. Soalan dalam bahagian ini ialah soalan KBKK.
i) Pelajar perlu berfikir luar dari teks tetapi masih membicarakan topik yang sama.
ii) Pelajar diminta mengenal pasti jawapan yang tiada dalam petikan. Biasanya soalan ini memerlukan langkah-langkah, cadangan, cara-cara penyelesaian, sebab-sebab dan lain-lain.
iii) Pelajar tidak dibenarkan menulis isi yang ada dalam petikan
iv) Jawapan mestilah logik dan rasional
v) Berikan jawapan seberapa banyak yang anda tahun dalam bahagian ini

Strategi menjawab

1. Baca petikan dengan memahami keseluruhan idea, kemudian perhatikan soalan yang diberikan.

2. Tentukan kehendak soalan dan jawab soalan dengan memenuhi kehendak soalan bagi memperoleh markah penuh.

3. Bina ayat yang lengkap dan elakakan menulis frasa atau ayat yang tergantung.

4. Semak ejan, tatabahasa, dan tanda baca bagi mengelakkan pemotongan markah.

5. Jawab soalan yang mudah dahulu.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN RINGKASAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A(i)(Ringkasan)

Masa yang dicadangkan : 40 minit
Markah : 20 Markah

1.Soalan Bahagian A Kertas 2 PMR terdiri daripada:
i) Ringkasan

Bentuk soalan

1.Satu petikan diberikan sebagai bahan rangsangan
2.Petikan terdiri daripada pelbagai bidang ilmu. Jumlah patah perkataan yang diberi setiap petikan ialah 200 – 220 dan jumlah tersebut perlu diringkaskan kepada 80 patah perkataan sahaja.
3.Kunci soalan – kemudian ringkaskan-
4.Ringkasan karangan tidak melebihi 80 patah perkataan

Kehendak soalan

1.Peruntukan markah isi ringkasan

(a) Isi – 10 markah
(b) Bahasa – 10 markah
(c) Markah keseluruhan – 20 markah

2.Markah untuk bahasa akan ditolak sekiranya terdapat kesalahan dari segi ejaan, tatabahasa dan tanda baca.

Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1.Pelajar mesti membaca arahan soalan yang dikemukakan dengan teliti. Sekurang-kurangnya baca dua kali. Tujuannya ialah untuk mengetahui dan memahami maksud keseluruhan petikan.

2.Fahami arahan dalam soalan. Terdapat kata kunci dalam soalan. Contohnya ........tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah berkebun.
i) Semasa membaca, gugurkan ayat atau ayat-ayat yang memperlihatkan pertindihan makna.
ii) Memendekkan frasa pada bahagian subjek atau predikat yang agak panjang. Gugurkan “contoh-contoh” atau “misalan”
ii) Menggunakan suatu perkataan atau
sesuatu frasa yang ringkas bagi menggantikan sesebuah penghuraian yang panjang.
iii) Gariskan semua isi penting dalam petikan
iv) Jangan salin ayat terus daripada
petikan. Gunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Ubah kepada perkataan seerti.

3.Jawapan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan kehendak soalan iaitu “faedah-faedah berkebun.”

4.Pelajar mesti mengemukakan sekurang-kurangnya lima isi berdasarkan kehendak soalan. Pelajar perlu menggunakan bahasa yang gramatis.

5. Jawapan hendaklah tidak melebihi 80 patah patah perkataan. Pelajar dikehendaki menulis jumlah perkatan selepas menjawab soalan ini. Bina ringkasan dalam satu perenggan sahaja.

5.1 Panduan mengira perkataan;

- Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan, nama khas, penggunaan kata depan di dan ke, tarikh, angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan, gelaran, kata perulangan/ganda.

6. Pelajar digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal yang terdapat dalam petikan.

7. Soalan meringkaskan karangan adalah untuk menguji kelancaran bahasa dan kecekapan pelajar dalam mengecam isi-isi utama.

8. Bahan rangsangan yang dikemukakan ialah rencana yang dipetik daripada akhbar dan majalah.

9.Pelajar dikehendaki menulis isi-isi agar menjadikan karangan itu padat dengan maklumat, tetapi ringkas.

10. Isi yang dikemukakan mestilah isi utama yang terdapat dalam petikan. Jangan masuk pendapat sendiri dalam jawapan anda.

11. Ringkasan karangan tidak memerlukan pendahuluan dan penutup.

12. Markah akan dinilai berdasarkan isi dan bahasa. Sekirannya isi salah atau tidak ada dalam jawapan, maka markah untuk bahasa tidak dapat secara maksimum.

13. Tulis ringkasan karangan mengikut arahan soalan, iaitu tidak melebihi 80 patah perkataan. Markah tidak dikira bagi jawapan yang ditulis selepas 85 patah perkataan.

14. Kira jumlah perkataan dan tulis jumlahnya pada bahagian bawah ringkasan.

15. Semak ejaan dan bahasa.


KESALAHAN TATABAHASA


KATA NAMA

a. Kesalahan ejaan, iaitu ada beberapa kata nama yang seakan – akan sama
    ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan ataupun tidak bermakna;
    
    Seniwati Sarimah mengenakan cocok sanggul pada dandanan rambutnya X
    Seniwati Sarimah mengenakan cucuk sanggul pada dandanan rambutnya /


b. Kesalahan penggunaan kata nama mengikut konteks ayat;

    Wakil Rakyat itu  melawat kawasan petempatan semua orang asli X
    Wakil Rakyat itu melawat kawasan penempatan semua orang asli /


KATA GANTI NAMA DIRI

a. Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut kedudukan
    seseorang, suasana ketika bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika
    sedang berkata – kata:

    Encik James pengurus di sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di
    Singapura X
    
    Encik James pengurus di sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di
    Singapura /


b. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan;

    “Marilah kita sertai mereka – mereka yang baru datang itu,” kata Salina X
    “Marilah kita sertai mereka yang baru datang itu,” kata Salina /

  
c. Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk
    kepada binatang, benda dan perkara/konsep;

    Si Hitam sangat lembut bulunya. Ia juga berwarna menarik X
    Sihitam sangat lembut bulunya dan berwarna menarik /


d. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata
    sendi atau kata kerja transitif;

    Saya berasa seronok dapat berkawan dengan ia X
    Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya /


e. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku
    dalam ayat pasif diri ketiga;

    Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang X
    Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang /

   
f. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya;

    Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang
    ianya kian menular X
    
   Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang kian menular  /  


g. Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak boleh digunakan sebagai objek
    kecuali pada kata kerja transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf ‘n’;

    Ibuku sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu itu X
    Ibuku sungguh tertarik hati akan dikau dengan pekertimu itu /


h. Kata ganti nama diri singkat iaiti kau, ku, mu dan nya tidak boleh dieja
    berasingan dengan kata lain yang menyertainya;

    “Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri X
    ‘Tolong kauambilkan aku segelas air” kata Sri  /

KATA PEMERI


Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama.
 Contohnya;

(i)                 Warna pinang masak ialah warna kegemaran ibu saya.
(ii)               Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan tenaga pekerja
(iii)             Bangunan di hadapan sekolah saya ialah kelab masyarakat Bedok.


Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contohnya ;

(i)                 Kenyataan yang diberi oleh guru itu adalah sangat penting
(ii)               Fungsi utama tulang adalah sebagai pelingdung organ utama seperti jantung dan paru paru.
(iii)     Hadiah yang di atas meja itu adalah untuk ibunya yang meyambut hari lahirnya.

Kalau Rakyat..., Raja....

Kalau rakyat makan, raja santap
Kalau rakyat tidur, raja beradu
Kalau rakyat mandi, raja bersiram
Kalau rakyat sakit, raja gering
Kalau rakyat berjalan, raja mencemar duli
Kalau rakyat bersuara, raja bertitah
Kalau rakyat duduk di kerusi, raja duduk di singgahsana
Kalau rakyat dikuburkan, raja dimakamkan
Kalau rakyat mati, raja mangkat
Kalau rakyat mati dipanggil allahyarham, raja mangkat menjadi almarhun
Kalau rakyat bagi hadiah, raja bagi anugerah
Kalau hujan rakyat pakai payung, raja pakai iram-iram
Kalau rakyat baling kasut, raja baling kaus
Kalau raktat sambut hari lahir, raja sambut hari keputeraan
Kalau rakyat bertolak, raja berangkat
Kalau rakyat suka, raja berkenan
Kalau rakyat sakit kepala, raja gering hulu
Kalau rakyat buang air kecil, raja buang air seni

CONTOH RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran          : Bahasa Melayu

Masa                           : 7.40-8.50 pagi (1 jam 10 minit)
Kelas                           : 1 Abu Ubaidah
Bil. Pelajar                 : 35 orang
Tema/Tajuk               : Penggunaan Internet
Sub Tajuk                  : Kebaikan dan Keburukan Internet
Hasil Pembelajaran   : Selepas pengajaran, pelajar dapat:
1.      Domain Kognitif
                                                                                            i.            Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
                                                                                          ii.            Memberikan makna perkataan sekurang-kurangnya sebanyak lima perkataan
                                                                                        iii.            Menjawab sekurang-kurangnya sepuluh soalan pemahaman tentang kebaikan dan keburukan internet dengan betul
2.      Domain Afektif
                                                                                            i.            -
3.      Domain Psikomotor
                                                                                          ii.            Menggunakan internet dengan betul
Media/ABM               : Komputer riba, lembaran kerja, teks petikan
Nilai                            : Kerjasama, keyakinan diri
Kemahiran                 : Kemahiran berfikir, bertutur dengan yakin di hadapan umum
Kaedah /Strategi       : Kaedah Masteri
Pengetahuan Sedia ada: Pelajar pernah menggunakan komputer untuk mencari maklumat menggunakan aplikasi internet

AKTIVITI RANCANGAN HARIAN RPH
Langkah/Masa
Isi Pelajaran/
Kandungan
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan (Nilai/ABM/KBKK/ Kaedah)
Set Induksi
(5 minit)
-Tayangan gambar mengenai internet

-Bersoal jawab tentang tayangan gambar tersebut
1.     Guru menayangkan tayangan cerita dan iklan tentang internet
2.     Guru menyoal tentang penggunaan internet dalam kehidupan seharian murid-murid
1.     Murid menonton tayangan tersebut
2.     Murid menjawab secara lisan pertanyaan guru
Strategi/teknik:
Penyoalan seluruh kelas

KBKK:
Mengecam
Menjana idea

ABM: Komputer riba

Langkah 1
Pengembangan
(30 minit)
-Mengedar petikan karangan
(Kebaikan dan Keburukan Penggunaan Internet)
3.     Guru mengedarkan petikan dan meminta murid membaca secara senyap
4.     Guru membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
5.     Guru memilih murid-murid secara rawak untuk membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
3.     Murid membaca petikan secara senyap
4.      Murid memberi perhatian dan mendengar dengan teliti
5.     Murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul sambil dibantu oleh guru
Strategi/teknik:
Membaca secara kelas dan individu

ABM:
Petikan Teks

Langkah 2
Pengukuhan
(10 minit)
-Soal jawab secara lisan
6.     Guru membahagikan murid-murid kepada lima kumpulan untuk perbincangan
7.     Guru meminta murid memberikan makna beberapa perkataan yang telah digariskan yang terdapat dalam teks
6.     Murid-murid membentuk kumpulan mengikut arahan guru
7.     Murid berbincang dalam kumpulan untuk memberi makna perkataan yang terdapat dalam teks
KBKK:
Menjana idea
Menghubung kait

Strategi:
Perbincangan dalam kumpulan

ABM:
Petikan Teks

Nilai: Kerjasama


Langkah 3
Penilaian
(20 Minit)

Menjawab soalan pemahaman
8.     Guru mengedarkan lembaran kerja dan bersoal jawab tentang soalan pemahaman
8.     Murid menjawab soalan pemahaman secara lisan dan bertulis dengan bantuan guru
ABM: Lembaran Kerja

Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pelajaran
9.     Guru menyoal semula tentang apa yang telah dipelajari dan apakah nilai yang terdapat dalam petikan
9.     Murid mendengar dan menjawab secara lisan