Sinopsis Novel Tingkatan 2 : Lestari Bukit
Menghijau
Novel ini berkisar tentang kehadiran Pak Tua yang tinggal di sebuah
pondok di Bukit Bintangor di Kampung Alor Rambai. Gaya hidupnya yang lebih suka
menyendiri dan tidak bergaul dengan penduduk kampung menyebabkan dia
disisihkan.
Orang
kampung menganggap Pak Tua nyanyuk dan gila kerana sanggup tinggal di tengah
hutan di atas Bukit Bintangor. Ada juga penduduk kampung yang melemparkan
fitnah terhadapnya setelah melihat beberapa orang lelaki asing bertemu
dengannya. Tambahan pula, lelaki-lelaki itu berpakaian kemas
dan menaiki kereta mewah.
Perhubungan Zahiran dengan Pak Tua telah menyebabkan orang kampung mulai
membuka mata terhadap kehadiran Pak Tua . Malah, tanggapan negatif orang
kampung terhadap Pak Tua juga berubah. Minat Zahiran terhadap keindahan alam
semula jadi mula bercambah. Zahiran semakin berminat untuk mengetahui ilmu
tentang tumbuh-tumbuhan setelah mendapat dorongan daripada Pak Tua.
Penduduk kampung turut kagum akan ilmu dan pengetahuan yang dimilikinya serta
usaha-usaha yang telah berjaya dilaksanakannya. Mereka tertanya-tanya akan diri
sebenar Pak Tua yang banyak mempunyai kebolehan itu.
Kehadiran Cikgu Idham sebagai Pengetua baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor
Rambai turut membantu perubahan dan kemajuan kepada penduduk Kampung Alor
Rambai. Cikgu Idham banyak bekerjasama dengan Pak Tua untuk membantu penduduk
kampung.
Perkara yang menjadi punca Pak Tua mengambilkeputusan untuk mengasingkan diri
di tengah hutan di Bukit Bintangor adalah kerana dia berasa sangat sedih atas
kematian isterinya. Isteri Pak Tua yang bernama Kamariah meninggal dunia
sebagai akibat dijangkiti virus HIV. Terdahulu, dua anak perempuannya meninggal
dunia dalam satu kemalangan jalan raya di kota Chicago, Amerika. Pak Tua amat
kecewa kerana penawar daripada ekstrak pokok bintangor yang berjaya diperolehi
melalui kajian yang dijalankan bersama dengan kumpulan penyelidiknya itu tidak
sempat dinikmati oleh isterinya. Oleh sebab itu, dia telah menanam pokok
bintangor dengan banyaknya di atas bukit itu supaya pokok tersebut yang
merupakan sumber penawar kepada penyakit AIDS tidak akan pupus.
Sudah lebih tiga tahun Pak Tua meninggal dunia. Suatu hari, penduduk kampung
Alor Rambai gempar apabila mengetahui bahawa Pak Tua sebenarnya ialah pesara
pakar penyelidik sintesis organik. Nama sebenar Pak Tua ialah Profesor Isman
Yunus. Pak Tua telah mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan
pendidikan dan penyelidikan.
Zahiran pula akan melanjutkan pelajarannya di Kolej Matrikulasi Melaka di
Londang setelah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Zahiran
bercita-cita menjadi seorang ahli sains seperti Pak Tua.
terima kasih cikgu
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteLot of thanks . Sangat membantu .
ReplyDeleteLot of thanks . Sangat membantu .
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
ReplyDelete